kolitis merujuk kepada
suatu keradangan bagi kolon dan ia selalunya digunakan untuk menggambarkan
keradangan pada usus besar (kolon, sekum dan rektum).
TANDA DAN GEJALA
Tanda dan gejala bagi kolitis
adalah agak pelbagai, dan bergantung kepada etiologi (sebab) kolitis terbentuk,
dan faktor-faktor yang mengubah arah dan keterukannya.
Gejala-gejala kolitis mungkin
termasuklah: sakit abdomen, hilang selera makan, kelesuan,
diarrhea, kekejangan, kecemasan (Tenesmus) dan kekembungan.
Tanda-tanda mungkin
termasuklah: abdominal tenderness, kehilangan berat badan, perubahan di dalam
tabiat buang air besar (frekuensi bertambah), demam,
pendarahan najis (nyata atau akulta)/berdarah,
cirit-birit dan kekembungan.
Tanda-tanda dilihat pada
kolonoskopi termasuklah: mukus kolon eritema (kemerahan
pada permukaan dalaman kolon), ulser, pendarahan.
Keterukan kolitis
Kolitis fulminan adalah
sebarang kolitis yang menjadi semakin teruk dengan cepat. Tambahan kepada diarea, demam,
dan anemia dilihat
di dalam kolitis, pesakit mempunyai sakit abdominal yang teruk dan menunjukkan
satu gambaran klinikal yang serupa dengan septisemia, di
mana kejutanditunjukkan. Lebih
kurang separuh daripada pesakit manusia memerlukan pembedahan. Di dalam kuda,
fulminant colitis dikenali sebagai kolitis X biasanya menyebabkan
kematian di dalam 24 jam.
Sindrom usus ringkih, satu
penyakit berasingan, sudah dipanggil sebagai spastic colitis. Nama ini mungkin
membawa kepada kekeliruan, kerana kolitis tidak selalunya satu ciri-ciri
sindrom usus ringkih. Oleh kerana etiologi IBS setakat ini tidak diketahui dan
mungkin juga banyak faktor, mungkin terdapat beberapa pertindihan di dalam
tanda-tanda di antara IBS dan pelbagai bentuk kolitis.
MELALUI KEADAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANYA
DIBERIKAN UNTUK MERAWAT COLITIS ANTARA ADALAH
ST 36.,LIV 3.,LI 11
MELALUI KEADAH PERUBATAN UBAT HOMEOPATY ANTRA REMIDI YANG
DIBERIKAN ADALAH
·
SULPHUR
·
MAGNESIA
CARB
·
CHINA
OFF
No comments:
Post a Comment