Wednesday 26 February 2014

RAWATAN RESDUNG

Resdung / Sinusitis

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. 

Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.

Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.


Selain dari rawatan biasa, ubat-ubat homeopati serta rawatan akupunktur boleh membantu merawat kes -kes resdung.
Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk merawat kes resdung terutama resdung yang kronik.

Anda perlu bersabar dalam merawat kes-kes begini.

Rawatan homeopati yang sesuai untuk resdung antaranya ialah:

gels., Drosera, Allium Cepa., Aconite, Merc., Hepar Sulph., Dulcamara, Sulph , ubat-ubat tersebut hendaklah dimakan mengikut gejala penyakit. Ubat homeopati tidak boleh dimakan sebarangan, ia hendaklah diberi mengikut arahan doktor homeopathy yang bertauliah.

OLEH Prof Dr Nik Omar
(Pakar Perubatan Homeopathy & Akupuntur)

RAWATAN RESDUNG

Penilaian keberkesanan : Rawatan Homeopathy & Akupuntur Untuk resdung

Nama: Cik Ika
Umur:23 tahun
No Rekod:5484
Pusar rawatan homeopathy & akupuntur Shaha Alam

Kali Pertama Rawatan

Gejala :- Cik ika mengalami penyakit Resdung sudah satu tahun.Beliau sentiasa berhingus dan bengkak-bengkak muka.Selalu gatal-gatal muka apabila adanya habuk dan makan seafood,boleh dikatakan tiap-tiap hari beliau akan selsema terutama pada waktu sejuk dan beliau juga ada jerawat di bahagian muka.
Ramedy Homeopathy:- Graphites,Silicea.
Rawatan Acupuntur :-Yingxiang,Hegu ,Zanzhu

Kali kedua Rawatan

Setelah seminggu menerima rawatan dan memakan ubat homeopathy Cik ika datang semula ke Pusat Perubatan kami dan menyatakan beliau sudahpun berkurangan  gatal-gatal muka dan berkurangan,hingus dan sesekali sahaja keluar.Jerawat juga dah mulai kering.
Rawatan Diteruskan Seperti Sebelum ini.

Kali Ketiga Rawatan 5 hari kemudian

Semua jerawat di muka beliau sudah hilang dan tinggal parut sahaja lagi.Resdung juga sudah tiada.Cik ika gembira sangat sekarang jerawat dimuka beliau sudah tiada.
Rawatan Diteruskan Seperti Sebelum ini untuk menghalang daripada gejala lama timbul kembali..

Tuesday 25 February 2014

Ketumbuhan - benjolan - Nodule - Risa dirawat melalui kaedah Akupuntur dan homeopathy

BENJOLAN kulit yang muncul di badan, apatah lagi dapat dilihat dengan mata kasar, tentunya membuatkan seseorang individu berasa rendah diri dan tidak yakin. Lebih menakutkan jika benjolan ini muncul di tempat seperti tangan, kaki, bahu dan leher.
Sesetengah pihak berpendapat benjolan ini bahaya dan lebih kepada risiko kanser, namun tidak kurang juga ada yang mengatakan ia tidak bahaya. Sejauh manakah benjolan yang dikenali sebagai lipoma ini memberi impak dalam kehidupan manusia?

Ia tidak berbahaya dan sangat biasa berlaku, yang mana satu hingga dua peratus orang dewasa di negara ini dilaporkan mengalaminya.

JIKA TIDAK SELESA... benjolan di belakang leher in,i atau lipoma, tidak menyakitkan tetapi elok dibuang.

Lipoma dikategorikan sebagai ketumbuhan benigna (tumor bukan barah), tidak merebak atau berbahaya selagi ia tidak berubah menjadi kanser.

“Lipoma jarang memudaratkan dan kemungkinan untuk menjadi kanser hanya 0.05 peratus. Ada perbezaan pendapat mengatakan lipoma punya kapasiti kecil untuk menjadi barah, tetapi sangat jarang, manakala pendapat kedua mengatakan semua lipoma bukan barah.

“Lipoma juga biasanya senang dikesan kerana kebanyakannya berada di bawah kulit dan boleh timbul pada bahagian tubuh, tangan dan kaki serta leher.

“Ia juga boleh berlaku pada kulit kepala, dahi atau di mana saja asalkan ada lapisan tisu adipose,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya, lipoma tidak perlu dibuang dan bergantung kepada keselesaan pesakit. Namun, jika rimas dengan benjolan yang mengganggu penampilan dan bimbang ia melarat walaupun ia bersifat bukan barah, ia boleh dibuang dengan mudah.

“Ketumbuhan lemak boleh berlaku pada semua orang dewasa dan ia jarang terjadi pada kanak-kanak. Sebagaimana ketumbuhan lain, semua orang boleh mendapat lipoma, tetapi orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi. Begitupun, ada juga pesakit di kalangan orang kurus dan ia juga boleh diwarisi.

“Ketumbuhan ini juga unik kerana ia lembut, boleh bergerak (apabila ditekan), tidak melekat pada kulit, tiada simptom dan mengambil masa lama untuk terbentuk.
“Pada amnya, lipoma ada dua bentuk, iaitu bulat dan leper dan saiznya sama seperti duit syiling 20 sen dan 50 sen,” katanya.

Lipoma secara teknikalnya boleh berlaku pada mana-mana kawasan berlemak, termasuk kawasan sekeliling organ seperti buah pinggang dan usus.

Lipoma di bawah kulit tidak menimbulkan masalah, tetapi yang tumbuh di tempat tidak sepatutnya seperti dalam usus, tulang belakang dan hati boleh membawa masalah kerana ia menyebabkannya tersumbat, ulser dan pendarahan.

Ada juga penyakit seperti Sindrom Dercum dan Sindrom Madelung yang dikategorikan sebagai jarang berlaku. Ia boleh dikesan apabila ada banyak tompokan lipoma di serata badan yang biasanya dialami orang minum arak, warga tua dan sering dikaitkan dengan obesiti (tidak semestinya orang gemuk mengalami lipoma tapi boleh mengalami Dercum).

Mereka juga sering mengadu mengalami gejala tidak khusus seperti tidak sihat, pening kepala, sakit perut, mabuk dan sakit sendi yang tiada kena mengena dengan tompokan lemak itu.

“Biasanya pesakit ditumbuhi bukan satu atau dua benjolan lipoma tetapi 20 hingga 30 benjolan. Namun situasi ini jarang berlaku berbanding lipoma biasa yang sering tumbuh di bawah lapisan kulit.

“Penyakit ini juga lebih tertumpu kepada lelaki. Disebabkan ia ketumbuhan biasa di bawah kulit, ramai orang tidak mengambil tahu atau kisah mengenainya.

“Paling penting jika didapati benjolan atau rasa kurang selesa, segera berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan ketumbuhan lemak, sebaliknya petanda penyakit lain. Ketumbuhan lemak mudah dikenal pasti dan boleh ditentukan melalui pemeriksaan fizikal saja,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengenal pasti benjolan itu lipoma atau bukan, pesakit perlu menjalani diagnosis klinikal. Ujian radiologi seperti imbasan ultrasound, imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan, pengimbas Imej Magnetik (MRI), dilakukan hanya jika lipoma itu menunjukkan tanda luar biasa.

Kes dianggap berbahaya adalah lipoma yang ketika kecilnya tiada sifat radiologikal mencukupi yang menunjukkan ia akan berubah menjadi barah seperti liposarcoma, misalnya yang biasanya mengganggu tempat lain seperti belakang usus dalam badan (sekitar retroperitonial).

Secara umumnya, selagi ia tidak mendatangkan kesakitan atau masalah kesihatan, ketumbuhan lemak ini tidak perlu dibuang.

Namun demikian, keputusan ini tertakluk kepada pilihan setiap individu kerana ramai lebih gemar ketumbuhan lemak dibuang atas faktor kosmetik. Biasanya ia dinasihatkan dibuang jika ukuran garis pusatnya (saiz) melebihi lima sentimeter.

Pembedahan pembuangan ketumbuhan lemak boleh dianggap pembedahan kecil kerana ia membabitkan kaedah bius setempat. Maknanya, pesakit boleh menyaksikan doktor menjalankan pembedahan pembuangan ketulan lemak itu.

Dr Zain turut menasihatkan walaupun tidak berbahaya, lebih baik dibuang kerana jika dibiarkan ia terus membesar. Ketumbuhan ini mungkin boleh menyebabkan masalah lain. Tindakan awal boleh mengurangkan risiko pembedahan jika dilakukan pada peringkat lewat.

Bagi Sarah Ahmad, 24, benjolan yang disedari kewujudannya di sebelah kanan pinggangnya sejak empat tahun lalu tidak diambil peduli kerana tidak menyebabkan kesakitan. Namun semakin hari benjolan itu semakin besar.

“Saya memiliki berat dan tinggi yang ideal namun setiap kali ke kelas, kawan akan tegur dan tanya apakah benjolan yang ada di belakang pinggang di sebelah kanan.
“Ramai juga menasihatkan supaya berjumpa pakar dan buat pemeriksaan selanjutnya. Saya tidak ambil peduli disebabkan tidak menyebabkan kesakitan dan kemudaratan,” katanya ketika dihubungi.

Namun lama-kelamaan Sarah tidak selesa kerana mengalami kesukaran tidur apabila mengiring ke sebelah kanan. Selepas mendapat nasihat keluarga dan rakan, akhirnya Sarah menemui pakar sebuah hospital di ibu negara.

Selepas didiagnosis, nyata benjolan itu adalah lipoma. Doktor turut mengesyorkan Sarah membuang benjolan itu, apatah lagi hanya pembedahan biasa dilakukan.

“Selepas dibius, saya tidak merasa apa-apa sehingga selesai dibedah. Meskipun pembedahan itu meninggalkan parut, tapi paling penting benjolan itu hilang dan saya berasa lebih selesa dan yakin.

“Kini saya bebas dan tiada lagi benjolan yang mengganggu. Kepada yang mempunyai benjolan ini, segera buat pembedahan kerana itu jalan terbaik bagi mengelakkan ia terus membesar,” katanya.


Pembedahan lipoma hanya perlu jika:



  • Mula sakit dan rasa lembut bila disentuh
  • Terkena jangkitan atau radang berulang kali
  • Menghasilkan bau dan lelehan kurang menyenangkan
  • Mengganggu pergerakan atau fungsi
  • Saiz bertambah besar
  • Menjejaskan daripada segi kosmetik, seperti ketara di tangan dan dahi


    Tisu adipose
  • Tisu atau lemak dalam badan
  • Ia berperanan penting bagi penyimpanan tenaga dalam bentuk lemak
  • Ia turut bertindak sebagai ‘pelapik’ dan memberi haba kepada badan
  • Biarpun terletak di bawah kulit, ia turut ditemui di sekitar organ dalaman badan

  • Rujukan :http://www.hmetro.com.my/articles/Sellemakpuncalipoma/Article


  • Penilaian kes rawatan : Homeopathy & Akupuntur untuk Benjolan Risa

    Nama:  Puan Za
    umur: 47 tahun 
    No Rekod : 5762
    Lokasi Rawatan : Pusat Homeopathy & Akupuntur Shah Alam 

    Kali Pertama Rawatan :-
    Kesan jatuh dan terkena dibahagian siku - naik benjolan dan berterusan membesar sehingga sebesar bola golf selama 3 minggu - hospital mencadangkan supaya dilakukan pembedahan untuk membuang benjolan tersebut dan kerana takut puan za ingin mencuba kaedah rawatan homeopathy & akupuntur
    Secara Oral diberi ubat homeopathy : Thuja, Arnica, 
    Rawatan Akupuntur : Dragon Point, weiguan, Hegu, Quichi. dan Bahui
    Nasihat : dinasihatkan supaya jangan disentuh atau digontel tempat benjolan

    Kali kedua Rawatan :- 3 hari kemudian
    Ada rasa sengal-sengal dan letih sedikit - bengkak pada benjolan berkurangan sebanyak 70%.
    Rawatan diulangi seperti sebelum

    Kali ketiga Rawatan :- hari berikutnya
    benjolan masih sama - rasa sengal sudah berkurangan
    Rawatan masih diteruskan seperti biasa

    Kali keempat Rawatan :- 1 minggu seterusnya
    benjolan makin kecut - rasa sengal sudah berkurangan
    Rawatan masih diteruskan seperti biasa

    Kali kelima Rawatan :- 6 hari kemudian
    benjolan makin berkurangan 80% daripada asal - tapi terasa keras sedikit berbanding sebelum nie - kadang-kadang rasa sakit di tempat benjolan - rasa sengal sudah tiada
    Rawatan masih diteruskan seperti biasa

    Kali keenam Rawatan :- 8 hari kemudian
    kondisi dan gejala sama seperti kali kelima rawatan
    Rawatan masih diteruskan seperti biasa

    Hari ketujuh Rawatan :- 13 hari seterusnya
    benjolan sudah tiada - tapi bila angkat barang akan terasa sedikit sakit
    Rawatan hanya diberikan untuk mengurangkan kesakitan memandangkan benjolan sudah tidak ada
    Ashi point, distal point

  • Bell palsy

    Palsi Bell (Inggeris: Bell's palsy) ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otakstrok dan penyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama palsi Bell. Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya.

    Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Palsi_Bell 

    Penilaian kes rawatan : Homeopathy & Akupuntur untuk Bell Palsy

    Nama:  Puan Mar
    umur: 49 tahun 
    No Rekod : 6442
    Lokasi Rawatan : Pusat Homeopathy & Akupuntur Shah Alam 

    Kali Pertama Rawatan :-
    2 minggu dikesan - sebelah kiri muka - mata sebelah kiri tak boleh tutup, selalu berair dan pedih - kening sebelah kiri tak boleh diangkat - muka ada rasa kebas.
    Secara Oral diberi ubat homeopathy : Arnica, Acon,
    Rawatan Akupuntur : Ashi Point, Hegu, Quichi. dan Bahui

    Kali kedua Rawatan :- seminggu kemudian
    Kaki dan tangan ada rasa kebas sebelah kiri - dah rasa ada sedikit perubahan - mata boleh tutup sedikit tapi tak habis - kening sudah buleh angkat separuh.
    Rawatan diulang dan sedikit penambahan point di kaki - zhusanli dan sanyinjiao

    Kali ketiga Rawatan :- 3 seterusnya
    muka dah bertambah ok - mata dah boleh tutup cuma nampak mata putih lagi - mata sudah tidak berair - buleh senyum sedikit tapi masih nampak kelainan - kening sudah boleh angkat sepenuhnya - kebas masih ada lagi
    Rawatan masih diteruskan seperti biasa

    seminggu kemudian 
    suami datang memaklumkan yang isterinya sudah sembuh sepenuhnya